Wednesday, December 26, 2012

OXYNIE - New Era Antyoxidant Healthy Drink









Oxynie - New Era AntiOxydant Healthy Supplement
Promo now for only RM75/SGD37.50/USD27 per 500ml
Contains Oxxynea.Astaxanthin.Collagen
To be taken orally 15ml twice a day
PM Us for more enquiries

Oxxynea is an extract of 22 fruit and vegetables standardized in polyphenols and bringing the same anti-oxidant protection as the daily consumption of 5 fresh fruit and vegetables.

Oxxynea Health Benefits
Potent and effective, Oxxynea is born from an uncompromising dedication to scientific method and innovative product development. The high polyphenol content of Oxxynea is proven to be bioavailable and to help protect, maintain and improve health and vitality.


Get it online at www.bchipchip.com.my









Thursday, July 26, 2012

Ariff Mustaffa Network: Milenium Murni Sdn Bhd Membership Submission

Ariff Mustaffa Network: Milenium Murni Sdn Bhd Membership Submission: Kindly transfer RM20 for lifetime membership

Friday, May 11, 2012

 


Ramai orang yang berada dekat dengan sesuatu peluang, tetapi tidak berhasrat atau bercita-cita mencapai sesuatu peluang. Manakala orang yang bercita-cita mencapai sesuatu pula tidak berusaha untuk berada dekat dengan peluang.



Ini mungkin langkah paling awal untuk anda mencapai sesuatu yang anda cita-citakan dalam apa saja bidang.

Jika anda ingin memancing ikan, anda perlu berada di kolam memancing, tasik ataupun laut yang mempunyai ikan didalamnya. Anda tidak mungkin mendapat ikan jika memancing di longkang di belakang rumah atau di kolam renang.

Jadi anda perlu mengenalpasti lautan yang anda ingin terokai dahulu sebagai langkah awal.


Contohnya, katakan anda bercita-cita menjadi seorang penyanyi tetapi anda tidak nampak jalan bagaimana untuk mencapai cita-cita itu ataupun anda tidak kenal sesiapa penerbit yang ingin mengambil anda untuk mengembangkan bakat yang anda ada. Ataupun anda tidak kenal sesiapa komposer untuk mengubah lagu untuk anda.

Langkah awal yang anda harus lakukan adalah berusaha untuk berapa dekat dengan industri yang anda ingin ceburi itu.

Bagaimana caranya ?

Cita-cita anda adalah untuk menjadi penyanyi, sebagai langkah awal anda boleh cuba untuk mendapatkan mana-mana tugas berikut.

- Cari kerja yang berkaitan dengan industri musik. Samada anda menjadi office boy di pejabat musik atau menjadi penyanyi latar untuk penyanyi lain. Dengan kaedah seperti ini, anda akan mengetahui lebih mendalam mengenai industri ini. Semua pengalaman yang anda dapat ini akan membantu anda dalam mencapai cita-cita anda kelak

- Cari peluang untuk anda mendengarkan lagu anda kepada orang disekeliling anda. Orang disekeliling kita adalah individu yang terbaik untuk anda mencuba sesuatu. Mereka mungkin membuat lawak atas inisiatif anda ini, namun ia lebih baik daripada orang yang anda tidak kenali membuat lawak mengenai kelemahan anda. Jadi anda mempunyai peluang luas untuk memperbaiki kelemahan yang ada.

- Hasil daripada mengenali kelemahan yang ada, anda boleh belajar dan cuba memperbaiki kelemahan ini sehingga ke tahap untuk anda pergi ke lebih ramai orang

- Gunakan kuasa internet dengan cuba menulis blog atau merakamkan lagu anda untuk diletakkan dalam youtube dan facebook supaya lebih ramai orang dapat melihat bakat anda ini.

Semua di atas adalah kaedah untuk anda ‘berada dekat dengan industri’  yang anda idamkan.

Apa sebenarnya yang anda dapat dengan berada lebih dekat ?

- Anda dapat masuk ke dalam dunia baru. Iaitu dunia industri idaman anda. Di dunia ini anda akan mula mengenali rakan-rakan yang dapat membantu anda mencapai tujuan dan cita-cita anda.

- Anda memahami selok belok industri ini. Ini sangat penting kerana tanpa mengetahui asam garam sesuatu industri, adalah mustahil untuk anda berjaya di dalamnya.

- Anda tahu apa kehendak industri ini dan mula mencari jalan untuk memenuhi kehendak industri ini..

Ini samalah seperti jika anda ingin menjadi seorang usahawan.
Anda perlu berada dekat dengan industri ini, mula berkawan dengan kawan-kawan usahawan yang lain dan fahami selok belok perniagaan dengan lebih baik.
Anda akan mendapati, kaedah ini adalah sangat efektif dan anda tidak akan gagal untuk berjaya mencapai cita-cita anda.

Cuba praktikkan teknik ini dan anda akan mula mendekati cita-cita anda ini hari demi hari. Sentiasa ingat mengenai cita-cita anda dan berusaha secara berterusan untuk mencapainya.

'Usaha tangga kejayaan'


Thursday, May 10, 2012

Cara Rundingan Lim Goh Tong

 


Orang yang sering dianggap gila


Cerita Saya  ditulis oleh Lim Goh Tong, seorang Billionaire yang telah membangunkan Genting Highlands.

Seronok membaca ceritanya satu per satu bermula dari seorang pendatang dari China dengan tongkang kecil sehinggalah beliau kembali melawat kampungnya itu dengan kapal Star Cruise miliknya sendiri. Memang mengagumkan pencapaian beliau.

Antara cerita menarik yang saya dapati dalam buku ini adalah apabila beliau berhajat untuk membeli sebidang tanah di Johor. Setelah beliau sampai ke sana. Peguam-peguam pemilik berjumpa beliau dan menceritakan mengenai kisah disebalik tanah itu. Dan kenapa tanah itu tidak berjaya dijual sehingga ke hari ini.

Tanah itu milik seorang yang telah lama meninggal dunia. Orang itu telah meninggalkan 2 orang balu dan 12 orang anak dan cucu. Walaupun orang yang meninggal ini telah meninggalkan wasiat, namun tidak ada sebarang persetujuan pernah dicapai.

Kes ini juga telah cuba diselesaikan di mahkamah sejak 15 tahun lepas, namun masih juga menemui jalan buntu. Sehinggalah keluarga ini bergaduh dan berpecah belah.
Peguam-peguam pemilik telah berbisik dan memberitahu Lim Goh Tong bahawa beliau tidak perlu membuang masa dan masalah ini tidak akan dapat diselesaikan.

Lim Goh Tong yang memang terkenal dengan membuat kerja gila menganggap ini adalah sebuah cabaran untuk dirinya. Pada keesokkannya, dia mula berjumpa dengan salah seorang daripada 12 orang itu untuk sarapan pagi. Pada waktu itu, beliau mengambil semua no. telefon adik beradik yang lain. Dan sepanjang hari selepas itu, beliau memulakan lawatan dari seorang ke seorang yang lain.

Beliau menawarkan diri untuk menyelesaikan masalah keluarga yang mereka hadapi. Dia menyatakan, masalah ini dihadapi kerana tanah tersebut dan beliau sanggup membeli tanah itu asalkan masalah keluarga ini selesai dengan baik.

Dia juga menyatakan kepada mereka, mereka semua perlu bersatu jika mereka ingin mendapatkan harga yang baik daripada dirinya.

Selesai bertemu semua daripada mereka, dia juga telah mendapat persetujuan semua untuk beliau membeli tanah tersebut.

Akhirnya, selepas 2 minggu, pada hari terakhir selepas semua bersetuju, semua orang berkumpul dan meraikkan secara bersama.  Keluarga itu kembali pulih dan semua orang sangat gembira. Jadi mereka tidak lagi kisah mengenai harga tanah tersebut.

Namun yang paling gembira pada hari itu adalah Lim Goh Tong kerana dia telah membeli semua tanah itu dengan harga yang sangat berpatutan.

Cerita ini jelas menunjukkan, tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan dengan baik. Dan sebagai usahawan tentu ada jalan terbaik untuk kita mencapai sesuatu, asalkan kita cekap berfikir, kenal manusia dan kenal sesuatu permasalahan dengan baik.

Dengan ini, kita dapat menawan hati manusia dan mencapai objektif perniagaan kita.

Tips Bagaimana Cara Membuat Pembentangan dan Presentation Yang Hebat dan Berkesan



Sebagai usahawan, ahli perniagaan atau pelajar universiti tentu anda perlu membuat pembentangan atau presentation. Pembentangan ini akan menetukan siapa diri anda dan adakah mesej yang anda ingin sampaikan ini dapat disampaikan dengan baik dan difahami oleh pendengar. Ini juga menentukan samada anda mendapat kontrak, jualan, pinjaman, markah dan kelulusan yang diperlukan.

Dalam artikel ini saya akan terangkan secara terperinci bagaimana untuk anda melakukan presentation yang baik. Ciri-ciri menyediakan pembentangan yang baik serta apa yang perlu anda lakukan sewaktu pembentangan itu sendiri.



Pembentangan yang baik adalah pembentangan yang dapat mempengaruhi keputusan yang bakal pendengar anda buat. Jadi penting untuk anda fokus bukan saja kepada ciri-ciri  pembentangan yang baik, malah perlu ada juga unsur emosi. Emosi yang disampaikan akan mempengaruhi keputusan pendengar. Akhir sekali perlu disusuli dengan tindakan yang perlu dilakukan oleh pendengar sebagai kesimpulan.

Berikut adalah ciri-ciri teknikal presentation yang baik yang perlu anda titik beratkan sewaktu persediaan pembentangan. 

1. Pemilihan jenis huruf
Ini adalah sangat penting supaya semua orang yang berada dalam dewan dapat melihat dengan jelas tulisan yang digunakan untuk menyampaikan poin anda. Jika anda tidak tahu font mana untuk dipilih, pilih saja font Arial yang biasa digunakan. Jangan gunakan font lain.

2. Warna
Warna memainkan peranan yang sangat penting untuk pendengar anda melihat dengan jelas perkataan, ayat dan poin yang anda bentangkan. Kesalahan yang biasa dilakukan adalah apabila pembentang cuba menggunakan warna-warna fancy yang kononnya ingin menjadikan pembentangan mereka lain daripada yang lain. Namun kaedah ini hanya menjadikan keadaan pembentangan anda lebih teruk . Contohnya, ada yang menggunakan latar belakang hitam dengan tulisan merah. Ini menjadikan pendengar sakit mata melihatnya.

Anda boleh menggunakan sedikit sebanyak warna lembut untuk latar belakang, namun pastikan tulisan anda adalah jelas dan kontra dengan warna latar belakang.
Tip mudah untuk memilih warna adalah menggunakan warna background putih dengan tulisan hitam. Sentiasa ingat, anda tidak akan mendapat markah lebih hanya kerana anda menggunakan warna yang fancy. Tidak ada markah tambahan di sini, ambil saja jalan selamat.

3. Power point
Power point digelar power point adalah kerana ia untuk poin dan bukan untuk meletakan karangan. Ramai pembentang membuat kesalahan dengan meletakkan seluruh perenggan yang ada dalam modul atau kertas kerja dalam power point. Ini adalah kesalahan yang besar.

Orang melihat kepada slides anda untuk melihat point dan mengharapkan anda akan menghuraikan serta menerangkan setiap poin tersebut. Pilih hanya poin yang terbaik untuk diletakkan di slides anda. Anda juga boleh mengadakan poin-poin ini dalam bentuk diagram / mind map. Namun jika anda tidak pandai melukis diagram, kekalkan dalam bentuk point biasa dalam 5-7 patah perkataan bagi setiap poin. Hanya maksimum 5 poin sahaja dalam satu-satu slides.

4. Penerangan
Setelah membuat point, anda perlu menerangkan setiap point ini dengan kaedah berikut
a. Baca point yang diletakkan di atas slides (satu poin pada satu masa)
b. Definisikan atau ulas maksud poin tersebut dalam satu ayat
c. Huraikan poin tersebut dengan 3-5 ayat.
d. Berikan satu contoh ringkas atau cerita menarik berkenaan poin itu.

5. Memberi Contoh dan Bercerita 
Memberi contoh penting supaya pendengar dapat membayangkan dan memahami point yang disampaikan. Satu lagi kaedah yang berkuasa adalah bercerita.
Kita sebagai manusia sudah terlatih sejak dari kanak-kanak untuk seronok mendengar cerita dan pengalaman orang lain. Jadi sewaktu berada di langkah (d) seperti di atas, terangkan mengenai satu kisah menarik mengenai poin tersebut.
Anda boleh ceritakan sesuatu dari pengalaman anda, pengalaman orang lain, kisah yang berlaku dalam masyarakat ataupun kisah dongeng dan rekaan. Asalkan ia berkaitan dengan poin dan memberikan pendengar satu bayangan yang jelas mengenai apa yang anda terangkan.

6. Penggunaan Gambar, Video dan Diagram
Penggunaan gambar juga boleh memainkan peranan yang penting dalam pembentangan. Namun gambar yang dipilih perlu menarik dan menyampai mesej yang jelas kepada pendengar. Jangan gunakan gambar yang boleh menganggu orang yang melihat pembentangan anda seperti gambar mayat, gambar orang dibedah atau gambar wanita separuh bogel.

Penggunaan Video pula pastikan ia dari 2 minit dan maksimum 3 minit. Video yang terlalu lama akan membuatkan pendengar bosan dan ini akan mengakibatkan mereka mula memikirkan mengenai hal lain dan anda gagal untuk meletakkan mereka dalam fokus yang anda mahukan. Pendengar di sini untuk mendengar anda bercakap dan bukan di panggung wayang untuk menonton video.

Penggunaan Diagram atau peta minda juga baik. Namun tak boleh ada lebih dari 5 point dalam peta minda tersebut. Jika peta minda anda mempunyai point yang lebih dari itu, ia menjadikan pendengar sukar untuk mengingati dan memahami poin anda.

7. Persediaan Awal 
Jika anda masih baru dalam bidang pembentangan, anda perlu buat latihan beberapa kali sebelum pembentangan yang sebenar. Ini akan memberikan beberapa kelebihan kepada anda antaranya

a. Anda tahu bahawa anda hanya menggunakan waktu yang diberikan untuk pembentangan. Jika anda diberi 10 minit. Pastikan pembentangan anda habis dalam tempoh waktu kurang dari itu. Jika lebih sekalipun, pastikan tidak lebih dari 2-3 minit dari 10 minit yang diberikan.
b. Anda juga perlu tahu kederasan anda bercakap. Anda tidak perlu bercakap terlalu cepat atau terlalu perlahan kederasannya. Ini akan mempengaruhi masa yang diambil untuk menyampaikan pembentangan. Jadi latihan dan kritikan dari orang lain penting sebelum anda membuat pembentangan yang sebenar.
c. Kelancaran bercakap juga dapat dipertingkatkan kerana dengan latihan yang mencukupi anda sudah boleh mengingati slides yang seterusnya. Oleh itu sewaktu pembentangan nanti, anda akan lebih bersedia dari segi mental untuk menerangkan poin yang seterusnya.
d. Selain itu, dengan persediaan yang awal, anda boleh membuang poin-poin yang tidak perlu dan hanya kekalkan poin yang penting sahaja. Anda tidak perlu merasa bersalah untuk membuang poin-poin tertentu kerana poin yang terlalu banyak hanya akan menjadikan pendengar anda keliru. Lebih baik sedikit tetapi padat. Yang penting anda dapat mempengaruhi pendengar anda.

Pada hari pembentangan…

1. Berpakaian kemas dan sesuai
Pakaian adalah sangat penting lagi-lagi jika penonton anda bukan orang yang anda kenali. Pastikan pakaian anda sesuai. Pakaian yang baik menunjukkan bahawa anda menghormati penonton anda. Pakaian yang selekeh memberi signal bahawa anda tidak bersedia, tidak meyakinkan dan tidak menghormati penonton.

2. Berdiri Di Hadapan Tepi Kanan Screen 
Anda perlu berdiri dengan berkeyakinan di hadapan sebelah kanan screen. Dengan ini anda tidak menghalang penonton untuk melihat slides anda.

3. Gunakan penunjuk screen bukan jari
Gunakan penunjuk screen untuk menunjukkan poin yang anda ingin terangkan. Jika tidak ada penunjuk screen, gunakan pensel atau pembaris. Jangan sekali-kali gunakan jari anda. Jika semuanya tidak ada. Jangan tunjuk pada screen langsung. Bercakap dengan penonton dengan tangan terbuka.

4. Jangan menerangkan dengan melihat kepada slides
Anda boleh melihat kepada slides sewaktu membaca poin yang tertera di slides, namun jangan menghuraikan dengan melihat kepada slides. Anda perlu menerangkan atau menghuraikan dengan melihat kepada penonton anda.

5. Bercakap dengan sistematik
Seperti yang saya terangkan sebelum ini, anda perlu bercakap dengan sistematik. Ikut langkah ini – Baca point, definisikan, huraikan dan bercerita atau beri contoh.

6. Akhiri Pembentangan Dengan Saranan
Akhiri pembentangan anda dengan saranan atau apa yang perlu bertindak oleh pendengar sekarang. Ia boleh jadi mereka perlu bertindak untuk mendaftar, atau bertindak memahami sesuatu isu ataupun mereka perlu sedar mengenai sesuatu yang perlu diubah.

Pembentangan yang baik akan bermula dengan pembentang mengalihkan fokus pendengar daripada mana-mana bidang lain kepada bidang yang diterangkan, kemudian pembentangan memainkan emosi dengan cerita supaya pendengar faham secara tidak langsung bahawa apa yang sedang disampaikan ini penting. Kemudian di akhir pembentangan disusuli dengan tindakan yang perlu diambil dengan jelas.




Sunday, May 6, 2012

Adakah Wanita Cantik Lebih Bahagia dan Gembira ?





Sebuah kajian dijalankan 25,000 orang di Kanada, Amerika Syarikat, Jerman dan Britain mendapati wanita cantik didapati lebih gembira dan bahagia berbanding dengan wanita yang tidak cantik.



Kajian mendapati 15% wanita yang dikategorikan di tahap teratas  kecantikan adalah 10% lebih bahagia berbanding dengan 10% wanita yang berada di level bawah kecantikan.


Sebab kegembiraan dan kebahagiaan ini adalah disebabkan oleh pelbagai faktor, antara yang utama adalah
  • Wanita cantik lebih mudah menjadi kaya
  • Wanita cantik lebih mudah mendapat pasangan yang kaya
  • Wanita cantik lebih mudah mendapat pasangan dari status yang lebih tinggi
  • Wanita cantik lebih mudah mendapat sebarang pertolongan
Bagi perempuan yang cantik, tidak memerlukan usaha yang banyak untuk mendapat perhatian orang ramai. Namun perkara ini berbeza bagi orang lelaki. Bagi lelaki faktor kecantikan tidak sekuat kesannya seperti pada perempuan.


Lelaki lebih dilihat dari segi kebijaksanaan, kepimpinan, kebersihan, sifat lawak-jenaka, pemakaian, ketinggian dan bentuk fizikal.




Jadi perempuan perlu sentiasa kelihatan cantik untuk menjadi lebih bahagian dan gembira.